Kalau sambal kayu tempoyak, kau boleh guna rencah macam-macam. Ikan bilis boleh, udang kering boleh, ikan masin pun boleh. Semua sedap.
Cuma ikut kau sahaja nak pedas tahap mana. Dan, tempoyak mesti kena ngam dengan kepedasan tersebut. Hihihi.
Kali ini saya buat sambal ini guna udang kering. Sedap woih.
Sambal Tempoyak Dengan Udang Kering.
Bahan-bahannya ialah:
~ 1 ikat pucuk ubi,
~ 1 ikat daun kesum,
~ 2 batang serai muda,
~ 2 senduk tempoyak,
~ 1 sudu besar serbuk kunyit,
~ 1 cawan udang kering,
~ Segenggam cili padi,
~ 1 cawan petai,
~ Sedikit air,
~ Garam,
Cara-caranya kau tengok di gambar ya.
Kau rebus pucuk ubi sampai dia layu.
Kemudian belah dua petai. Ramai pesan suruh belah, sebab kadang-kadang dalamnya ada ulat. Kalau kau malas, suruh laki kau. Dari duduk depan tv, rajin juga eksesais tangan.
Tumbuk cili padi dengan udang kering sampai lumat. Ala kau sedang marah ke bos kau.
Panaskan minyak. Sikit ja tahu. Minyak mahal.
Hiris halus serai muda. Tak ada, pakai jelah yang tua.
Tumiskan udang kering dengan cili yang kau dah tumbuk tadi dengan gembira.
Masukkan serai dan ambillah gambar.
Masukkan petai. Basuh dulu sebelum itu. Tangan laki kau bukan boleh percaya sangat. Tergaru sokmo sana sini.
Masukkan pucuk ubi. Kahkah. Kacau rata. Dah kenapa ketawa.
Masukkan tempoyak. Saat kau buat ini, ia akan jadi sedikit pekat, jadi kau boleh tambah sikit ja air dalam 1/4 cawan.
Masukkan dun kesum. Daunnya sahaja okeh.
Warnanya macam pudar sikit kan, kau tambahlah serbuk kunyit. Hihihi.
Kacau rata. Buh garam.
Siap! Selamat mencuba!