Ini adalah sebab kenapa kita perlu rajin membaca buku
1. Otak jadi lebih cerdas.
Orang yang banyak membaca ilmu mereka lebih luas. Tak hairanlah idea serta buah fikiran dari mereka yang rajin membaca ini kebiasaannya bernas belaka.
2. Meningkatkan daya imaginasi.
Sebab itu orang yang banyak membaca mudah untuk menghasilkan penulisan yang baik. Kosa kata yang dimiliki juga banyak. Jadi senanglah untuk menulis.
3. Menajamkan memori.
Membaca adalah proses “sharpen the saw”. Lagi banyak kita baca, lagi tajam ingatan kita tentang sesuatu topik. Secara tak langsung, kita jadi tidak mudah lupa. Ini isteri minta beli barang dapur pun asyik lupa.
4. Mengurangkan tekanan.
Bila membaca, kita akan fokus. Ianya boleh mengalihkan tumpuan kita dari masalah yang sedang kita hadapi.
5. Menjadikan hidup lebih produktif.
Kita dapat mengurangkan masa dari membuat perkara sia sia. Contohnya, ketika menunggu train atau bas, lagi elok kita baca buku dari asyik main handphone sahaja.
6. Menambah motivasi diri.
Kita boleh terinspirasi dari kisah kejayaan seseorang. Kita juga boleh belajar dari kesusahan seseorang. Buku rahsia kejayaan orang punyalah banyak di pasaran.
7. Membentuk keyakinan.
Jika kita tak tahu seeloknya bertanya. Buku merupakan cara untuk dapatkan jawapan. Naskah ini adalah buah fikir si penulis. Penulisan yang baik boleh mempengaruhi tindakan pembaca ke arah yang lebih baik.
Khairul Hakimin Muhammad,
Jom kita rajin membaca.