Nak happy, nak bahagia, nak rezeki masuk, nak hidup seronok, nak ada ujian yang boleh hadap, nak stress yang membangunkan diri, nak sepanjang hari indah dengan kepelbagaian ilmu dan pelajaran, pastikan 1 jam selepas masuk waktu subuh dan solat subuh, kalian lakukan ini:
1. Tidak tidur selepas solat subuh. Lebih baik melakukan aktiviti lain seperti zikir, bersenam, membaca, mengaji, Al-mathurat dan sebagainya.
2. Minum satu atau dua gelas air masak. Ia akan menyegarkan badan dan membersihkan perut, melawas dan melancarkan usus. Semua ini akan berkait dengan cara berfikir. Oksigen bagus, badan cergas, minda pun cerdas!
3. Tetapkan diri mahu melakukan apa. Sediakan perancangan harian untuk buat semua benda pada hari tersebut. Duduk sekejap melihat diari dan berdoa semoga urusan hari itu dimudahkan Allah.
4. Keluar rumah dengan doa akan kembali ke rumah dalam keadaan baik seperti pada keluar awal pagi.
5. Biasakan diri bersarapan. Makanlah walau sedikit. Ia tanda kesyukuran rumah masih ada makanan. Ucaplah alhamdulillah sebanyak mungkin.
*****
Jika boleh, mandi sebelum masuk waktu subuh. Ia akan beri kita kebersihan diri, keselesaan beribadah.
Kita tentukan bagaimana hidup kita pada hari tersebut. Jika ada ujian, hadap dengan hemah. Matangnya kita adalah apabila kita sambut dan sahut ujian itu dengan ketenangan.
Semua itu kita yang tentukan bagaimana kita nak berfikir dan bertindak. Kita yang kawal semuanya.
Yang tak boleh kita kawal ialah rezeki kita, namun kita boleh cari dan minta kepada Allah. Yang tak boleh kita kawal ialah kematian kita, itu kita boleh mohon semoga ia berakhir dengan sebaik-baik kematian.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Semoga bermanfaat.