Tulis sahaja. Tak perlu tunggu lengkap, cantik, tersusun, baru nak up. No, up sahaja. Belajar berbuat silap. Itu normal.
Kita semua ada blind side. Kita dah rasa okey, maka terus tekan post. Jika #content dah lengkap 4 perkara tersebut (fakta, emosi, bahasa dan impak positif) maka up sahaja. Kena ada keyakinan yang tinggi.
Bermainlah dalam industri mana pun, kita tak akan belajar sekiranya kita tak buat silap.
Kesilapan ini adalah medan belajar yang paling diingat. Kita akan sentiasa letak dalam kepala yang itu boleh yang ini tak boleh.
Sama sahaja bermain media sosial.
Ada ramai yang takut nak up kerana takut buat silap, kerana laman ini tiada simpati.
Salah kena kecam,
Silap kena kecam,
Buruk, orang tak like,
Bosan orang tak share.
Semuanya ada impak. Namun jika kalian ada keteguhan hati, up sahaja. Lihat bagaimana orang react itu sebagai pemangkin nak tulis lebih baik lagi.
Pada tahun 2014, yang saya tulis hanya dapat 2 like, tiada share juga tiada komen.
Selepas 6 tahun lihatlah perubahannya.
Ingat kawan-kawan, media sosial boleh beri kalian kredibiliti, boleh juga naikkan jualan. Dua-dua perkara itu bagus untuk bisnes kalian.
Maka buat dan belajar!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
1 tahun 100,000 follower pada 2016. Alhamdulillah.
(Visited 374 times, 1 visits today)