Semuanya Saling Berkait

Hidup ini semua berkait. Ia tak mungkin sendiri dan bersifat tunggal.

Lidah berkait dengan akal. Akal berkait dengan hati. Hati berkait dengan perut. Perut berkait dengan mulut. Semuanya ada sahaja kaitannya.
Mula hari ini pastikan setiap kaitan itu sebaik-baik perkara.
Nak bercakap (mulut) akan cerminkan otak dan hati.
Nak makan (mulut) akan cerminkan tubuh dan perut.
Nak rajin berbuat (tangan kaki) akan cerminkan akal dan hati.

Kita sendiri nilai ke mana tubuh kita itu pergi setiap hari. Jika hati tak berhenti marah, gelisah, resah, kecewa, maka ubatnya ialah bermula dari mulut. Zikir sebanyak-banyaknya. Tenang dan relaks untuk dibawa ke hati.

Jika kita ini lekas benar tak boleh terima pendapat orang, cepat betul melenting dan sebagainya, cuba-cuba berpuasa. Nampak seperti tiada kaitan, namun orang berpuasa biasanya sabarnya tinggi.

Kawan-kawan,

Kita sendiri boleh semak diri kita. Apa tubuh kita buat, apa organ yang berfikir dan apa isi badan kita lakukan setiap hari.
Kereta tak boleh bergerak jika ia hanya ada enjin. Ia mesti ada tayar, ada pintu, ada stering bagai. Sama juga kita.
Jika kita nak sampai ke destinasi dengan baik, maka semua elemen dari kepala hingga kaki, dari mata hingga jiwa semua kena sebaik-baik keadaan.

Barulah kita dapat melintasi titian siratulmustaqim dengan selaju-lajunya.

Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Pesanan untuk diri sendiri juga.
(Visited 433 times, 1 visits today)