Ini yang saya dapat dari sesi Live En Khairul dan Neelofa itu hari.
1. Lofa mengutamakan keluarga. Mahu mengukuhkan seluruh ahli keluarga. Adik beradik, sepupu dan kalau boleh semua orang.
2. Jadi Lofa ada semua orang yang beliau percaya di sisinya. Bagi beliau ia proses mencari orang yang betul dalam apa juga urusan.
3. Susu Nilofa dilancar pada 26hb November 2019, dan kemudian belum satu bulan pertama ia menjadi antara susu berperisa paling digemari rakyat Malaysia. Sehingga hari ini Nilofa berusaha untuk menguruskan stok bagi menampung keperluan peminat susu tersebut.
4. Tips mudah yang beliau buat ialah sebelum bermula untuk buat perniagaan, beliau sudah susun portion sebagai “Hak Allah.”
5. Hak Allah dalam berniaga itu bermaksud zakat. Kata Lofa “kita semua tahu tentang sedekah, buat baik, solat dan sebagainya, namun dalam Quran disebut banyak kali tentang zakat dan kita selalu terlupa atau tak tahu apa dia zakat ini. Kena utamakan sebab itu hak Allah.”
6. Dalam PKP ini sahaja, saat orang lain sendu berbisnes, Naelofar Hijab berjaya buat 2 kali pecah rekod jualan mereka dan susu Nilofa juga ditempah peminat sehingga kekurangan stok setiap hari.
7. En Khairul bercakap tentang Surah Al-Fajr ayat 16-18. Ia adalah tentang hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah.
Menjaga hubungan manusia (Lofa menjaga keluarga dengan baik).
Menjaga hubungan Allah (Lofa menunaikan zakat).
2 elemen ini sumber positiviti Lofa.
8. Semasa Kes Zouk, Neelofa berhadapan kecaman dan beliau akui semua yang dirancang itu bukan begitu, namun akui semua kesilapan dan kesalahannya. Apa yang beliau buat ialah beliau mengaku salah dan yakin Allah akan beri lebih banyak lagi selepas itu.
Bukan buat marketing, namun itu yang Allah beri. Bagi beliau, apa sahaja ujian yang datang adalah tanda Allah nak beri lagi tinggi tangga kejayaan.
9. En Khairul sebut tentang 1/0 = infiniti.
1 ialah Allah (Pencipta)
0 ialah Hamba (kita semua)
Allah maha memberi, bahagi semua hamba = infiniti. Maka teruskan memberi kita akan dapat semula semuanya.
10. Konsep sedekah yang Neelofa lakukan. Apa yang kita beri itu sebenarnya adalah memberi kepada diri sendiri.
Apabila kita mati, semua yang kita beri akan dapat semula kepada kita. Ia seolah-olah bank simpanan. Apa yang kita hulur semasa hidup, akan Allah masukkan semula kepada kita selepas kita mati. Jadi hari-hari beliau sedekah supaya simpanannya bertambah. Ini yang beliau belajar dari Ustaz Ahmad Dusuki.
11. 7 Juta Follower – kadang membantu, kadang tak. Ia semua berbalik kepada usaha dan apa yang kita harap, suka, sayang kepada Allah.
12. En Khairul sebut tentang surah Ibrahim ayat 7 tentang syukur dan kufur.
Apabila orang beli barang, syukur. Ucap terima kasih. Layan dengan baik (itu menghargai) dan hati juga perlu ikhlas menjual dan memberi.
Kita mahu rezeki dari Allah, kalau kita berniaga tanpa ada rasa syukur maka kita ini sedang kufur rupanya.
*****
En Khairul dan Neelofa membuka banyaknya mata dan hati malam tadi. Ia bukan tentang berniaga 100%.
Ia lebih besar dari itu.
Saya suka ayat “jika berniaga, partner kita yang paling bagus ialah Allah.”
Maka tunaikan hak Allah.
Kawan-kawan, semoga bermanfaat. Terima kasih banyak En Khairul dan Neelofa. Saya hargai sangat setiap perkongsian. Seluruh team kami adalah mereka yang mengagumi setiap titis usaha kalian dalam memandaikan manusia.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Belajar lagi.