“Set See First” di Facebook

Soalan: Betul ke apabila kita rajin komen, kita punya engagement kepada tuan punya posting itu jadi lebih tinggi? Kita akan selalu nampak dia punya post.

Jawapan: Ya. Cuma kawan, takkanlah semua post dia kau nak komen. Itu lagi menjengkelkan. Apa yang kau perlu lakukan ialah set see first. Itu jauh lebih baik. Memang ya, kita hanya boleh tentukan hal tersebut hanya kepada 30 profile sahaja. Itu sudah cukup bagus.

Memang masa kita sekolah, masuk u dan kolej, kita hanya boleh belajar dalam 10-15 subjek sahaja pada satu-satu masa. Jadi, kau pilihlah dengan cara itu juga. Buat apa kau nak see first sampai 14,657 orang sedangkan yang kau betul nak fokus hanya 2-3 akaun sahaja.

Setkan untuk keperluan kau, bukan kehendak kau. Contohnya, sekarang kau nak belajar bagaimana nak tulis macam Cikgu Zul, jadi kau setlah see first dia dalam 3-6 bulan. Kau rasa nak bosan, dah cukup ilmu serta rasa boleh beat dia, kau tekan follow biasa sahaja dan kemudian set see first Zamir pula.

Begitulah. Tak usah gopoh-gopoh. Ingat ini, orang tamak biasanya rugi. Kau set see first ramai-ramai, kau fikir otak kau boleh belajar semua ke dalam satu-satu masa?

Buat macam saya, dalam satu masa hanya 7-8 profile sahaja saya setkan begitu. Kemudian saya ubah-ubah. Masih follow namun bukan lagi see first. Kerana, ada banyak lagi ilmu lain saya perlu belajar dengan tekun dan fokus.

Jadi, hentikan perangai semua post orang itu kau nak komen. Hangin je aku kau komen wow! Oh! Yeha! Kuang kuang kuang! Itu biar aku yang reply komen begitu. Kahkahkah.

#rahsiabapaviralkebangsaan

(Visited 759 times, 1 visits today)