Semua orang boleh letak apa pun motivasi dan nak kejar benda itu sampai kita dapat.
Saya juga buat benda sama. Masa saya kerja kilang dulu, boleh kata semua orang menanti que untuk dapat menunaikan umrah percuma yang ditaja oleh pengasas syarikat.
Saya takkan lupa isteri saya cakap:
“Boleh kita tunggu, dan tak salah juga kalau kita sendiri pun usaha, benda baik yang kita fikir kita usaha kita perjuangkan, Allah akan bantu. Kalau awal-awal lagi kita duk ulang cakap tak ada duit, tak boleh itu tak boleh ini, memang akan jadi tak boleh. Kita usaha sampai boleh. Pasti jadi insya-Allah.”
Sejak dari itu saya tekad cari duit sendiri, kumpul dan berjaya menunaikan umrah pertama berdua bersama beliau pada tahun 2011.
Kawan-kawan,
Nak rumah selesa, usaha.
Nak tambah pendapatan, usaha.
Nak hidup bahagia, usaha.
Nak apa sahaja pun, usaha.
Tunggu benda yang dijanjikan boleh jadi penat, kecewa dan sedih jika ia masih tak sampai-sampai, maka kita berusaha dan letak Allah di hadapan.
Sekurang-kurangnya kalau gagal, kita puas berusaha. Dari tak buat apa, hanya tunggu kemudian tak ada hasil, lagi teruk hancur luluh hati sendiri.
Orang berjaya, dia berusaha.
Orang gagal, hanya menanti tanpa berbuat apa-apa.
Kita tentukan kita di mana.
Sama-sama kita usaha dan doakan kita semua kembali dapat menunaikan ibadah di Makkah dan Madinah. Amin.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Usaha hapuskan Covid-19.
(Visited 3,982 times, 1 visits today)