Saya kerap diperli kerana punya puluh ribu follower. Ada yang kata artis, selebriti, popular dan glamer.
Jujurnya saya hanya boleh kata ia datang dengan sendiri. Apabila penulisan atau apa sahaja bakat yang kita tonjolkan itu beri impak kepada orang lain, maka orang akan suka kepada kita. Dan yang seronoknya ia beri impak juga kepada poket dan membantu (dan memudahkan) jualan karya-karya kita.
Sifirnya itu mudah sahaja.
Bab kalian nak kata kami kejar populariti, kejar dunia glamer itu hak kalian. Tak ada siapa akan persoalkan. Dan kami juga tidak akan beriya nak ambil bahagian untuk fikir kenapa kalian boleh kata begitu.
Kami akan teruskan buat apa yang peminat suka. Selagi ia baik, selagi ia bawa manfaat, kami akan jalan terus.
Terima kasih semua kawan-kawan yang terus beri sokongan. Saya amat hargainya.
Khairul Hakimin Muhammad,
Ke bintang.