Situasi A.
Hadir kelas, terus merancang buat:
1. Content Mapping.
2. Beli buku, rujuk.
3. Mula menulis.
4. Susun posting.
5. Posting, viral. Rujuk balik nombor 1.
6. Sales naik 300%.
7. Pengikut pun naik mendadak.
Klien ini dari 0 pengikut, hari ini 14,000 orang follower. Baru 3 bulan ikuti kelas, sudah berjaya mendapatkan jualan sehingga RM500,000 dengan memuat naik #content yang tersusun bagi mendapatkan #crowd dan kemudiannya menyusun juga posting copy-writing berbentuk #iklan.
Situasi B.
Hadir kelas, kemudian:
1. Buat posting, #viral sekali.
2. Lost dan blur. Tak tahu nak buat apa. Tiada perancangan content.
3. Beri alasan sibuk.
4. Kemudian tak buat, tak muat naik content.
5. Sales semakin jatuh.
6. Mula salahkan cikgu.
7. Mahu cikgu bantu bangunkan #sales segera.
Ini yang biasa terjadi. Dan dipihak cikgu, terima sahaja apa kelemahan anak murid dan telanlah segalanya apa yang dituntut.
Kawan-kawan yang baik, untuk teruskan momentum mendapatkan apa yang kalian mahu, kalian perlu putuskan sama ada mahu kerja keras atau biar.
Jika kalian mahu hasil, maka buat. Jika tidak mahu, dan kemudiannya jadi gagal. Siap sedialah hilang network, hilang sales, hilang juga kredibiliti dan hormat orang kepada kalian.
Ingat ini,
Fokus = rezeki.
Kerja keras = rezeki.
Network = rezeki.
Alasan = menolak / buang rezeki.
Selepas hadir kelas, buat.
Tak buat, tak adalah hasil.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kita follow cara Situasi A.