Antara perkara yang boleh menenangkan fikiran apabila pulang ke rumah setelah penat bekerja ialah:
1. Akuarium. Air, ikan dan hidupan di dalam kotak kecil bersama lampu dan buih akan menenangkan fikiran.
2. Buku, majalah dan komik. Ianya membawa kalian ke dunia dan dimensi baru.
3. Kebun kecil / pokok bunga. Ianya memberi terapi terhadap jiwa dalam hal menyiram, membaja serta melihat tumbesaran pokok-pokok.
4. Peti ais. Makanan dan minuman elok untuk sentiasa ada, ia akan memberi ruang stress beralih kepada perkara yang sejuk-sejuk.
5. Anak-anak. Melihat wajah mereka, kenakalan dan keletah juga akan menenangkan. Biarkan mereka meligat, dan kita offkan semua keresahan di pejabat. Yang belum nikah, lekas buat azam dan cari segera pasangan!
6. Dapur, ada orang, terapinya ialah memasak! Jadi sebelum pulang kasi beli barang dan bahan-bahan nak memasak.
7. Ada orang, dia mesti tidur sekejap apabila pulang kerja. Kemudian bangun selepas 10-15 minit rehat tersebut terus segar.
Mudah ja kawan-kawan, kita pilih nak tenang ke dak. Setengah orang, ketenangan ialah katil. Kahkahkah. Setengah orang pula, ketenangan itu ialah melepak mamak dengan kawan-kawan.
Cari spot tersebut, elak dari murung dan penat dengan suasana pejabat hingga pulang ke rumah. Alihkan ia dan hiduplah dengan sebaiknya semasa sudah pulang ke rumah.
Ingat kawan, rumah adalah syurga kita. Pusat ketenangan. Kasi off semua kerja ya!
Khairul Hakimin Muhammad,
Kerja di Facebook. Aduh.