#CTA ialah Call To Action. Ia bertujuan mendorong orang yang membaca atau menonton atau mendengar melakukan tindakan tertentu seperti membuat pembelian.
1. Hard sell.
– Jualan secara terus. Ada ayat perintah dan suruhan seperti:
Lekas beli! Tinggal 1 hari sahaja lagi promo ini! Jangan lepaskan! Klik sini sekarang!
(Link pembelian / Link Whatsapp = CTA).
2. Soft sell.
– Jualan secara terus tanpa ada ayat perintah atau ayat suruhan seperti:
Hanya tinggal 1 hari lagi untuk buat pembelian ini. Butiran pembelian ada di bawah:
(Link pembelian / Link Whatsapp = CTA).
*****
Dari segi strategi, terpulang kepada kalian mahu letak di dalam post atau di ruangan komen. Dua-dua okey sahaja. Mana yang lebih baik, mana yang lebih tinggi jualannya adalah di dalam post itu sendiri.
#Content sales mesti buat orang membeli. Sekiranya orang tidak membeli, maka perlu baiki content, susun atur ayat dan mudahnya pelanggan memahami.
Ia bukan kerana CTA. CTA adalah pelengkap kepada posting sales. Tiada CTA, biasanya akan buat pelanggan bertanya dan boleh jadi mereka lari ke kedai yang lain.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Cuba sampai jadi.
