Strategi Posting Ikut Waktu

Lihat posting saya pada 10hb Mac 2019.

8.00 pagi saya muat naik tips #sosial #media, ia adalah kepakaran saya. Maka saya dapat lebih 200 komen dan 400 share.

Waktu ini #engagement sedang naik tinggi.

9.00 pagi, saya muat naik lagi pesanan. Dapat sekitar 100 #share.

Apabila engagement sedang ok, maka kena tebar jala. Jam seterusnya, saya buat iklan. Benar, react hanya dapat sekitar 300 #likes, komen sikit, share lagilah sikit.
Namun matlamat buat iklan ialah dapat #sales. Jualan saya untuk 1 posting itu sekitar RM3,000 dan ada lagi dalam 15-20 PM belum berjawab.

Disebabkan apabila buat #iklan engagement kita jatuh, maka perlu naikkan ia semula. Sekitar 2-3 jam selepas posting iklan, saya buat 1 posting engagement semula, posting resipi. Maka saya dapat lebih 1,900 reaction, 200 komen dan lebih 1,000 share.

Hari ini kita pulun lagi strategi begini. Nak dapat jualan, kena bijak susun posting. Kalau semua posting yang kalian buat itu adalah iklan iklan iklan, maka kalian punya engagement akan turun turun turun.

Kena ada susunan #content yang betul.

Silap langkah, #follower tak dapat, jualan pun tak ada. Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kita buat lagi sama-sama.

(Visited 2,098 times, 1 visits today)