Kawan-kawan, apabila bermain media sosial, ingat pepatah ini:
“Penyokong paling kuat yang ada ialah dari mereka yang anda tidak kenal. Manakala pembenci yang paling hebat berusaha menjatuhkan anda adalah mereka yang anda kenal.”
Sudah terjun dalam bidang ini,
1. Jiwa kena kuat. Kena kecam beberapa kali tak boleh tumbang.
2. Jika kena kecam atas sebab salah faham, tersilap, tersalah, lekas baiki dan minta maaf. Turunkan post tersebut dan teruskan dengan post #content yang lain.
3. Tak perlu buat post yang sengaja mahu dikecam. Ia mengundang doa keburukan yang amat banyak.
4. Memang ada orang benci dan tak suka kita tak bersebab.
5. Memang ada orang benci kita kerana kita ada ramai follower, dia tak ada.
6. Memang ada orang benci kita kerana kita buat posting positif dan kebaikan. Ini normal, syaitan memang sifatnya begitu.
7. Fokus tulis perkara kebaikan. Hargai follower dan beri mereka tambah nilai setiap hari dalam penulisan yang penuh makna.
8. Pergilah ke mana-mana pelusuk dunia, kebaikan yang akan menang di sisi Allah. Jadi fokus dan tetapkan diri.
9. Kental, kental, kental. Nak bina kebaikan bukan kerja mudah. Ada sahaja yang melawan, menghalang, mencabar. Itu juga normal.
10. Bermain media sosial adalah ruangan tanpa limit. Semua orang boleh beri apa sahaja pandangan terhadap kita. Ia adalah bagaimana kita kawal, kita lawan atau kita berdiam.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Terus positif tulis perkara kebaikan okey!