Suri Rumah Berjaya

Saya bangga apabila ada suri rumah berjaya bangunkan content untuk dirinya sendiri. Kemudian mereka juga membuat iklan untuk menjual produk yang mereka niagakan.

4.30 pagi – bangun, mandi.

4.45 pagi – solat sunat 2 rakaat, bawa bakul kain untuk dicuci – Content 1 (bagaimana asingkan baju, siapkan pakaian anak dan suami).

5.00 pagi – mula masak sarapan – Content 2 (resipi, tips masak laju, idea memasak, idea bawa bekal dan bento).

6.00 pagi – kejutkan anak-anak – Content 3 (tips hargai anak-anak waktu pagi, penyediaan buku, baju, persiapan nak ke sekolah).

6.15 pagi – suami balik dari surau, beliau sarapan.

6.45 pagi – anak-anak dan suami keluar dari rumah, baju dalam mesin siap.

7.00 pagi – sidai baju. Content 4 (tips sidai cepat kering, tidak luntur warna dan sebagainya).

8.00 pagi – mandikan baby. Content 5 (tips mandikan baby, penyediaan makanan, susu dan penjagaan).

8.30 pagi – kemas rumah.

8.45 pagi – masuk bilik, buka laptop, tulis semula Content 1 hingga 5 sampai siap.

Kemudian, susunkan ikut hari. Kalian akan dapat lebih dari 20 penulisan. Ingat, 1 topik kecil = 1 posting, tak boleh campur-campur dan kemudian ‘bank’kan ia.

Selepas itu, ambil write up tersebut, susun posting di wall Facebook, 1 hari 1. Selang selikan dengan iklan produk kalian.

Kawan-kawan,

Semua content akan dikongsikan jika ia bermanfaat. Dan apabila share itu banyak, follower akan naik.

Dan juga, jualan akan naik sama.

Ha, siapa kata suri rumah tak boleh buat duit? Itu baru waktu pagi okeh!

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin Muhammad,
Bapa Pembangunan Income Suri Rumah Kebangsaan.

#KHM

(Visited 1,716 times, 1 visits today)