Surprise Ke Emak

Itu hari sempat singgah di Pasar Mentakab. Bahagian belakang ada makcik-makcik tua yang berniaga hasil tanaman mereka. Rasanya setiap pekan kecil memang begini suasananya.

Lepas dah beli ikan bagai, duit di tangan hanya ada dalam RM30 ja. Saya duk teringat kuliah maghrib beberapa minggu lepas Ustaz itu duk kata kalau jumpa makcik tua berniaga, beli ja hasil tanaman mereka. Ibu-ibu ini air tangan mereka banyak berkat.

Mereka sentiasa dengan rahmat dan doa mereka selalu makbul.

Disebabkan ada 5-6 lagi gerai kecil, saya belilah di makcik ini serai 3 ikat RM6. Kemudian pergi ke makcik sebelahnya beli kacang bendi RM6, ke sebelahnya lagi dan lagi sampai habislah semua RM30 tersebut dan selesai beli dari semuanya.

Benar weh, mereka manis sahaja senyum. Paling best, dahlah kita beli dari mereka, mereka akan tambah lagi dalam plastik kita. Contohnya beli kacang bendi RM6 tadi, mereka akan tambah lagi dalam 2-3 biji masukkan dalam plastik kita.

Saya pun menuju ke rumah buat surprise ke emak. Tak kasi tahu pun nak balik sekejap. Sebelum sampai, kawan telefon.

Katanya minta segera hantar proposal untuk sekian-sekian. Huhuhu.

Sungguhlah, Allah sayangkan orang tua. Dan sesiapa yang berbuat baik kepada mereka, rezeki akan diluaskan, dilebarkan dan dijumpakan dengan banyaknya pintu.

Syukur alhamdulillah. Invest RM30, pulangannya beratus kali ganda.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Rezeki semakin luas.

(Visited 843 times, 1 visits today)