Susun Atur Waktu Menulis

Kita semua ada 168 jam seminggu yang sama. Purata yang kita gunakan ialah:

40 jam bekerja.
42 jam berkeluarga, beraktiviti, kemas rumah, masak, makan, main media sosial, tengok tv serta shopping.
56 jam tidur.
Dan kita masih ada 30 jam baki seminggu.

Yang ini kita perlu buat:
1. Kita ada baki 4.28jam sehari.
2. Kita boleh ambil 30 minit membaca.
3. 1 jam bersenam.
4. 1 jam duduk mengulangkaji dengan anak-anak.
5. Dan baki hampir 2 jam Sehari itu kita boleh buat duit dengan membangunkan content. Hanya perlu baca, tulis, buat bank content, susun dan bermain media sosial dengan berstrategi.

Inilah jawapan kepada mereka yang kerap tanya di mana saya ada masa untuk susun semua ini.

Ingat ini kawan-kawan,
Kalau kita merancang untuk berjaya, maka kita sedang merancang kejayaan. Jika sebaliknya, maka begitulah juga apa yang kita akan dapat.

Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Masa takkan tunggu. Kita yang kena kawal.

(Visited 766 times, 1 visits today)