Susun Supaya Orang Tahu

Kita fokus tulis #content yang kita suka, kita minat dan kita mahir sahaja. Kita bina dan susun supaya orang tahu apa yang kita sering buat dan kerja.
 
1. Waktu pagi, bangunkan content crowd. Ikut falsafah Prof Chan (Penulis Blue Ocean Strategi), beri umpan di laut biru jauh lebih bagus dari memberi umpan di kolam atau tasik atau paya atau sungai.
 
2. Laut biru sifatnya luas, banyak hidupan. Memberi umpan yang sama kesukaannya dengan yang lain akan dapat hasil yang sangat banyak.
 
Boleh jadi ikan bilis pun makan,
Boleh jadi ikan jerung pun makan,
Boleh jadi, kerapu, siakap, ikan merah semua makan.
 
3. Dengan kata lain, ikan-ikan ini berbeza, namun makan umpan yang sama.
 
4. Ia disebut sebagai crowd. Posting kalian mesti mempunyai titik persamaan yang besar dengan orang lain. Contohnya:
 
Makanan,
Memasak,
Berkebun,
Sukan,
Fesyen,
Parenting,
Pendidikan,
Al-Quran,
Kisah Nabi (selawat)
Agama,
Travel,
Hartanah,
Simpanan,
Undang-undang,
Kosmetik,
Permotoran,
Gadget,
Buku,
Memancing.
Dan lain-lain.
 
5. Posting ini perlu ditulis secara konsisten dengan membawa salah 1 dari 3 matlamat ini:
 
To educate, atau
To inform, atau
To inspire.
 
6. Barulah posting kalian akan ada share. Apabila share berlaku, follower akan menaik.
 
7. Kemudiannya susunlah posting sales. Ingat ini, posting crowd untuk membawa ikan ke kapal. Apabila ikan sudah berkumpul, tebarlah jala.
 
8. Jala yang kalian tebar boleh jadi ada ikan bilis, boleh jadi juga ada ikan jerung.
 
9. Itulah keseronokan bermain media sosial dengan tersusun. Hasil yang kalian dapat, akan buat kalian ingin bina lagi dan lagi posting berkualiti.
 
10. Ingat ini, fokus dengan topik yang dipilih, konsisten berkongsi hal yang bawa impak positif dan teruskan membina content yang buat orang selesa dengan kita.
 
Mana tahu, tak lama lagi kalian sudah bergelar jutawan. Amin.
 
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
(Visited 691 times, 1 visits today)