“Tak Apa Orang Tak Nampak.” Tapi Ingat! Allah Mengetahuinya.

Subuh di sini jam 4.23 pagi. Selesai ja semua, buka Ipad sekejap siapkan kerja. Kemudian macam biasa tengok Facebook.
Dalam banyak-banyak berita dan cerita sepanjang minggu ini, yang paling saya terkesan ialah kisah kecurangan pasangan yang duk berlaku. Viral habis dan akhirnya menampakkan sisi jahat serta aib orang yang berbuat begitu.
Sekeliling kami pun ada.
Nak luah, takut.
Nak bongkar, fikir tentang anak-anak mereka, keluarga mereka.
Nak pergi beritahu, nanti mereka bercerai berai.
Entah. Sebagai kawan, memang kami nasihat sahaja. Marah dan beriya-iya suruh bertaubat, namun berbuat dosa dengan isteri atau suami orang ini sudah jadi ketagihan.
Pernah kami tanya kenapa berani buat, jawapannya (sama ada si suami atau isteri) akan jawab “tak apa, kalau pregnant pun tak jadi hal. Orang anggap ni anak suami aku la.”
Astaghfirullah hal azim.
Ini emak ayah zaman ini yang benar-benar menakutkan. Akhirnya, kami sebagai kawan akan menjauhkan diri dari mereka. Dan mereka semakin hanyut dengan cinta yang penuh dengan tipu daya syaitan.
Di media sosial, mereka ini bukan orang biasa. Malah di sisi pejabat, jabatan atau syarikatnya sendiri, mereka sangat dihormati.
Isu curang ini bukan benda kecil. Ia adalah perangai ibu bapa yang mengundang bala kepada keturunan dan zuriat.
Boleh jadi kita sedang membina masyarakat dan generasi yang sakit. Yang mana mereka ini melihat kerosakan ibu bapa sendiri, yang tidak menjaga hubungan, malah menghancurkan demi sedikit cinta haram dan tak boleh dibawa ke mana-mana.
Anak-anak derita melihat ibu bapa begitu begini. Dan akhirnya membawa kepada pengertian hidup yang sia-sia. Mereka ini ditumbuk dada dan jiwa, dihentak-hentak dengan wajah kesayangan mereka dan akhirnya membuang rasa sayang dan hormat.
Jadilah anak yang benci ibu, benci ayah. Dan mula mencari “cinta” di luar yang juga penuh dengan tipu daya.
Kawan-kawan,
Allah sentiasa ada. Bertaubat. Dan kita yang tidak terlibat, mohoh menjauh dan dijauhkan dari ujian yang begini. Hanya kita yang boleh kawal diri kita. Orang lain tidak.
Nauzubillah hi min dzalik. Menakutkan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Sedihnya.
(Visited 1,067 times, 1 visits today)