Tak Pandai, Masih Belajar

Hari ini kita bertanding siapa lebih hebat siapa lebih banyak sijil. Dan saya lihat semua itu menghilangkan rasa hormat kepada ilmu.

Semasa travel ke mana-mana negara, sudah jadi habit saya untuk saya ambil sebanyak-banyaknya kelas.

Kelas memasak, kelas parenting, kelas membaca, kelas pembangunan anak-anak, malah sampai ke tahap kelas story-telling yang saya pergi sekian lama ini pun hasil daripada pernah sertai sesi story-telling percuma di sebuah perpustakaan di sebuah negara satu masa dulu.

Kemudian, catatan itu saya kongsikan. Perkara ini kita boleh bincang, boleh bahas dan boleh sahaja kalian betah. Namun balaslah dengan tanpa persoal, dan memberi jawapan dengan baik dan sama hemah.

Di negara kita, memang ada pakar-pakar hal itu hal ini. Namun mereka lebih banyak fokus menjawab dengan sinis sesiapa yang cuba-cuba bercakap tentang ilmunya.

Akan ada perli-perli merendah-rendahkan orang yang mahu berkongsi. Dan kita lebih suka membantai dari berbincang.

Ilmu bersifat infiniti. Sijil, pengalaman serta apa sahaja medium, tak boleh nak disamakan dengan orang lain. Begitu juga dengan rasa hormat.

Hormat akan hilang apabila kita ini sungguh-sungguh mempertahankan ilmu kita dengan kata sinis, menulis komen benci sampai membina kelompok yang mahu membenci 1-1 orang kerana kesilapan bercakap tentang ilmu kita dan secara tak sedar kita sedang membangunkan kesombongan diri sendiri.

Selamat pagi kawan-kawan.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tak pandai. Masih belajar.

(Visited 953 times, 1 visits today)