Setiap kali dalam kelas #content saya akan bertemu dengan mereka yang duk sebut nak kaji dulu, nak teliti dulu, nak begitu nak begini sebelum bermula.
Dan mereka ini jauh ketinggalan dari yang lain.
Orang lain sudah cecah 10,000 follower, dia baru kata nak cuba sikit-sikit.
Orang lain dah cecah 25,000 follower, dia akan beri alasan dia belum bersedia.
Orang lain dah cecah 100,000 follower, dia akan cakap itu rezeki orang itu.
Apabila kita tengok di wall dia, dia tak buat apapun. Sekadar sembang kencang sahaja.
Kawan-kawan, dalam apa sahaja urusan, rancang 20% sahaja, berbuat 80%.
Jika 80% itu tak berbuat, tak bermula dan tak bekerja, maka tak akan dapat hasil.
Jika tak bermula, kalian takkan belajar mana betul mana silap. Hanya yang buat akan lalui kesilapan, dan di situlah pelajaran paling besar dalam apa sahaja benda kita nak buat.
Orang rajin cari jalan, orang malas banyak alasan. Nak berhasil, mulakan walau kecil.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Take action!