Tanda Hati Kita Bersih

Tanda hati kita bersih ialah:
 
1. Apabila kita beri lebih, kita tidak pertikai orang beri sedikit.
 
2. Apabila kita bahagia, kita juga rasa bahagia melihat orang lain bahagia.
 
3. Apabila kita bijak, kita tidak memperbodohkan orang lain.
 
4. Apabila kita tahu, kita tidak memperkecilkan yang tidak tahu.
 
5. Apabila kita sedang marah, kita tidak meluah dengan bahasa cela, maki, carut serta kasar.
 
6. Apabila kita sedang gembira, kita akan gembira bersama-sama.
 
7. Apabila kita meminta pertolongan, kita berasa syukur orang bantu, dan tidak merasa resah gelisah serta sedih apabila mereka tidak.
 
8. Apabila kita hebat. Kita membantu mereka yang lemah.
 
9. Apabila kita lebih berharta, kita menghulur mereka yang perlu.
 
10. Apabila kita ada jawatan, ada pangkat, ada semua, maka kita juga akan merendah diri.
 
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Semoga aku juga ikut pesanan ini. Huhu.
(Visited 583 times, 1 visits today)