3. Belum kurus, jadi kurus dulu sebelum sibuk-sibuk nak beri tips bagaimana nak kuruskan badan.
Kawan-kawan, bukan tak boleh nak beri tips, beri sahajalah jika ok. Cumanya, tanya diri dulu sesuai atau tidak untuk dikongsikan bersama.
Kadang-kadang kita terlalu teruja nak kongsi sampai kita lupa tentang diri sendiri. Sebab itulah apa sahaja ilmu yang kita dapat, tala kan kepada diri dulu, sebelum bergegar tulang rusuk pergi nasihat orang lain. Buat sampai pandai dan usahakan sampai jadi.
Cewah. Karang ada yang bantai aku, dah tu siapa nak nasihatkan tentang kematian? Hantu? Orang hidup sahaja boleh nasihat. Orang mati mana boleh.
Aduh.