Teknik Dato’ Sri Siti Nurhaliza Jual Periuk RM8.1 Juta

2 jam Dato Seri Siti Nurhaliza berdiri dan mempromosikan Set Istimewa Vantage di GoShop satu ketika dahulu, beliau berjaya menjual 22,000 set.

1 set berharga RM369.00.

Jadi total jualan ialah RM8,118,000.00. Kahkah 8.1 juta woih!

1 jam, 60 minit.

2 jam 120 minit.

Purata setiap minit duit masuk ialah RM67,650.00 dan bayangkanlah ianya masih belum berhenti lagi terjual sampai sekarang!

Ya kawan-kawan, inilah inspirasi hari ini!

Pembinaan Crowd = Menyanyi. Dan beliau ada pengikut yang besar (pelbagai dan berbeza umur dan gender).

RM = jual pinggan mangkuk. Berbeza dengan hal menyanyi. Namun masih boleh menjual.

Apa persamaan menyanyi dan menjual pinggan mangkuk? Tak ada! Langsung tak ada.

Ia kerana ada CROWD! Bina crowd dengan minat / kesukaan / kemahiran, akan menyebabkan kalian akan ada pengikut.

Kemudian nak jual apa-apapun tak perlu ikut apa yang kalian bina dengan hal tersebut. Jual sahaja apa-apa, orang tetap akan beli.

Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kita juga boleh buat!

(Visited 1,559 times, 1 visits today)