Telur Dadar Moist

Sebelum Solat Jumaat ni, abang nak tunjukkan kau cara bagaimana nak buat telur dadar lembut dan cair dalam mulut ala restoran mahal. Kahkah. Senang je woih.

Yang ini kalau kau pandai, memang kau akan jadi anak kesayangan sampai bila-bila. Dan harapnya jika adik beradik ipar duai kau tanya resipi, kau kembang-kembangkan hidung kau. Kemudian flip tudung Duck kau itu terus berlalu pergi. Haha. Barulah dinamakan diva yang memasak telur.

Telur Dadar Moist.

Bahan-bahannya ialah:

5 biji telur,
1 cawan susu segar,
3 biji bawang putih,
1 ulas bawang besar India,
1 biji cili hijau,
1 sudu besar serbuk penaik,
1 sudu kecil garam,

Cara-caranya marilah kita tengok gambar ya.

  1. Mula-mula, pergi ke rumah emak mentua kau. Kemudian, tumbuk bawang putih sampai lumat.

2. Pecahkan telur dan dengan bangganya semua lawa sahaja. Bukan macam kau, pecahkan telur pun bersepah-sepah. Pukul guna whisk sampai dia berbuih.

3. Potong cili hijau dan bawang besar India begini.

4. Masukkan terus bersama susu segar. Pukul guna whisk. Bawang putih tadi tak kau lupa pula ya.

5. Masukkan serbuk penaik.

6. Pukul lagi sampai sebati dan masukkan garam.

7. Gunakan kuali tanpa lekat. Panaskan minyak. Kasi rata minyak tersebut ya anak-anak.

8. Tuangkan telur tadi guna tangan kanan sambil tangan kiri di pinggang.

9. Gunakan api kecil, kemudian tutup.

10. Dalam 15 minit, kau buka penutupnya. Bahagian bawah sudah agak keperang-perangan. Jadi mari kita balikkan dia.

11. Gunakan tudung periuk tadi. Flipkan dia. Kemudian guna penutup lain, flipkan sekali lagi. Barulah flip sekali lagi ke dalam kuali. 3 kali okeh.

12. Hahahahhaha hancur.. hancurrr akuuuuuuuu.
13. Cepat-cepat kau betulkan. Hahahahaha. Biar masak rata. Dan angkat.

14. Tadaaaa! Walau tak cantik, sedap okeh. Selamat mencuba!

 
(Visited 966 times, 1 visits today)