Tenang Sahaja

Tenang sahaja jika apa yang kalian sampaikan di media sosial itu dapat 1 share, 10 share, 15 share.

Itu pun sudah cukup banyak. Selagi ia memberi kebaikan, apa sahaja yang dihebah dan dikongsi kembali kemudian mereka buat dan amalkan adalah pahala yang berpanjangan.

Yang penting ialah membuat dan menulis posting kebaikan dengan konsisten.

Ingat kawan, biar sedikit, namun konsisten. Macam kita mengaji, tak apa dapat sehelai dua sehari, namun apabila buat setiap hari, ia konsisten.

Juga seperti kita solat 5 waktu sehari. Hanya sekitar 25-30 minit sahaja diambil dari 24 jam sehari untuk solat, namun jika konsisten, ia akan mengubah keseluruhan hidup kita ini.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
#KongsiKebaikan

(Visited 445 times, 1 visits today)