Tulisan beliau sering viral di Facebook sekitar tahun 2016 hingga kini. Boleh kata, dari 100 share hingga ratusan ribu share itu biasa. Kebanyakkan tulisan beliau adalah tentang kehidupan, ulasan isu, malah banyaknya perkongsian resipi, lifestyle, kekeluargaan dan kisah-kisah inspirasi yang menjadikan beliau dikenali.
Hari ini, pengikut beliau mencecah 184,000 orang. Dan beliau masih kekal sebagai orang biasa yang bukan selebriti atau ikon mana-mana.
Menjadi penulis adalah cita-cita beliau, walau sudah lebih 15 buku diterbitkan dan beliau juga menjadi guru dalam dunia content media social, beliau masih belum merasakan diri beliau sebagai seorang penulis.
Mempunyai sijil dalam falak syarie, diploma dalam pengurusan sumber manusia dan menyambung ke Ijazah Muda Sains Pemutusan, beliau terus suka dunia pemasaran yang digunakan di dalam pembelajarannya.
Hari ini, beliau sudah bangunkan lebih 200 perniagaan kecil, lebih 1,500 usahawan yang menggunakan kelebihan menulis content di media social. Lebih dari itu, beberapa syarikat mega juga VVIP termasuk para artis menggunakan kaedah beliau.
Beliau adalah Khairul Hakimin Muhammad.