Terkenal Di Langit

“Hari ini pakcik jumpa kamu, itu senua kerja Tuhan.. Tuhan hantar kamu untuk jumpa pakcik, suap makanan ke mulut pakcik, beri pakcik air, beri baju, kain pelikat, semua kerja Tuhan. Masa pakcik kuat kerja dulu, pakcik mencari duit untuk makan, sekarang masa pakcik tidur pun kamu kejutkan pakcik suruh makan, itu bukan kerja Tuhan namanya?”

“Ya pakcik..”

“Pakcik hanya mahu terkenal di langit..” Beliau menyambung dengan suara yang semakin perlahan.

*****

Ini himpunan kisah seorang manusia yang matanya memandang setiap susuk yang muncul di hadapannya sebagai ‘si malaikat’ yang membantunya menambahkan pahalaa atau ‘si syaitan’ yang membuatkannya menambah dosa.

Ada sesuatu yang kita akan belajat daripadanya.

“Setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita adalah jalan-jalan ke syurga atau laluan-laluan ke neraka.”

Mimpi kita mungkin sama. Mahu nama kita TERKENAL DI LANGIT

(Visited 282 times, 1 visits today)