Terlalu Banyak Benda Nak Tulis

Soalan: Saya suka banyak benda. Dan dah jadi tak tahu nak tulis apa. Saya suka travel, mengumpul Hot Wheels, kadang-kadang ikut kawan pergi memancing, suka kereta, suka juga tengok bola. Bisnes saya pula jual barang bayi. Aduh, pening.

Jawapan: Susun sahaja contentnya. Bangunkan secara konsisten mana yang lebih besar titik persamaan dengan orang lain. Itu akan memudahkan pemahaman audien tentang apa yang saudara tulis.
Contoh: Antara travel, Hot Wheels, memancing, suka kereta, suka tengok bola, mana yang kita sedar dan tahu ramai orang suka?

Sudah tentu travel, kan? Ianya menjurus kepada orang awam, lelaki atau perempuan, umur pun dari kecil sampai ke tua memang bab travel orang suka.
Jadi, posting ‘crowd’ adalah posting travel yang tersusun dan konsisten. Buat 2-3 kali seminggu. Jadikan ia sebagai imej saudara.

Untuk posting ‘RM’ iaitu iklan. Buat 2-3 kali seminggu juga. Itu adalah imej niaga saudara yang perlu dikekalkan.
Manakala jadikan kesukaan terhadap memancing, bola dan Hot Wheels itu sebagai posting ‘side.’

Ingat, crowd travel ini adalah crowd orang ada duit. Membangunkan penulisan yang menjurus kepada berkerumunnya orang ke wall saudara akan memberi pulangan kepada saudara sendiri.

Crowd = Umpan. Lagi besar contentnya, lagi besar share yang kalian dapat. Bertambahnya share, tambah juga jumlah follower.

RM = Tebar jala. Apabila follower sudah ramai, waktu menebar jala ini akan dapatlah ikan jerung, sotong kurita, ada juga ikan bilis dan udang geragau. Cewah.
Ok?

Khairul Hakimin Muhammad,
Memasak = Crowd.

(Visited 1,387 times, 1 visits today)