Terus Sukses Kawan-Kawan!

Semua benda yang nak bermula, pasti ada cabarannya. Sama juga dengan dunia menulis #content.

Susun atur dah buat,
Dah pilih topik,
Dah tulis,
Dah konsisten. Namun masih perlahan dan belum dapat perhatian.

Tenang gais. Nikmati momen ini.

Saya sendiri mula pergi ke kelas content di luar negara bermula 2013. Terus tulis sahaja. Dapat 5 share, dah boleh buat kenduri. Haha suka sangat.

Namun yang pertama viral ialah 6hb Jan 2016 (19k share, 60k like). Saya percaya kepada proses. Ia adalah praktik yang buat kemahiran saya semakin tajam dan tenang.

Hasilnya, semua content yang dibina sebelum itu naik lebih 100 share. Kemudian saya susun lagi dan lagi sampailah januari 2017, saya berjaya kumpulkan 100,000 follower.

Syukur alhamdulillah.

Tak mengapa bermula kecil. Janji ada, janji bermula. Jangan tunggu. Benda tak akan jadi hanya jika duduk berdiam tak buat apa. Lihat 3 contoh di bawah. Semuanya lebih 10 tahun baru memiliki kejayaan yang sebenar.

Sepanjang waktu itu mereka hanya sebuah syarikat yang tak dipandang, hanya sekadar melalui timeline kita dan kita tak kuasa nak baca.

Hari ini, semua nak jadi seperti mereka. Nak buat pejabat macam mereka, nak kerja dan dapat faedah seperti mereka.

Itulah proses gais. Mereka sudah lalui kesusahan semasa mendaki, apabila dah sampai puncak, mereka menikmati keindahan itu. Tahu susah payah dan faham segala getir.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Terus sukses kawan-kawan!

(Visited 312 times, 1 visits today)