“The Power Of Introduction”

Antara tips menulis sedap di media sosial yang saya boleh kongsikan kepada kalian ialah “The Power of Introduction”. Sekiranya kalian gagal menulis pembukaan yang best, kalian akan gagal mendapatkan audien untuk mereka baca hingga habis.

Pembukaan kena penuh dengan emosi yang berlengkap dengan fakta. Emosi itu pula mesti divisualkan.

Contoh (yang salah).

Abah dah pun berlepas menunaikan haji. Kami adik beradik sedih juga dibuatnya kerana tak pernah kena tinggal.

Contoh (yang betul).

“Jaga adik-adik kau Khairul,” kami pun berpelukan, rasanya tak pernah dalam hidup ini abah peluk saya erat itu, menitis juga air mata kami.

Lalu saya pun cium tangan abah dan cium pipinya juga. Sekali lagi abah dakap diri saya. Syahdunya ya Allah (Emosi yang divisualkan – kita boleh bayangkan apa yang berlaku).

Baru dalam beberapa minit lepas, abah dah berlepas ke Makkah untuk menunaikan haji (fakta – yang mana abah berlepas ke Makkah untuk tunaikan haji).

Begitulah. Jika kalian tidak boleh visualkan apa yang kalian ingin sampaikan, di media sosial ia akan jadi lesu dan tidak bermaya. Seperti pokok yang tidak disiram pada 18 hari 67 saat.

Emosi, visualkan.

Fakta, kena sebut.

Ejaan, kena penuh.

Nak senang menulis, power dan hebat, membacalah!

Begitulah #TipsKHM dalam hal #menuliscontent Isnin ini dibawakan oleh Khairul Hakimin Muhammad yang manis orangnya.

Wassalam!

(Visited 897 times, 1 visits today)