Tips Melawan ‘Syaitan’ Di Media Sosial

Tips menang melawan syaitan di media sosial.

1. Dia tulis benda sakitkan hati, jangan layan dengan marah. Kau maki ja hina ja benci ja, dia tahu kau dapat dosa sama dengan dia. Ya dia kan syaitan, jadi berjaya recruit kau. Power tak cara dia gais. Ingat dia sangat bijak bab nak ambil orang macam dia buat kerja dia.

2. Tulis balik dengan sabar dan tenang seperti, “Ya Allah, semoga kau kembali kepada Allah dan Allah menerima taubat kau, terus solat dan terus berbuat baik, kau pasti tenang dan tak ganggu sesiapa lagi insya-Allah, Allah maha baik untuk ampunkan kau.” Kau kasi ja ayat ini, syaitan mana pun patah balik. Terus tutup akaun dan pi duduk dekat FB pluto sana.

Sekian tips menulis #Content melawan syaitan di media sosial.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad.

(Visited 5 times, 1 visits today)