Tips Mudah Menulis Di Wall Masing-Masing

Tips mudah nak menulis di wall masing-masing:
 
1. Tulis dengan ejaan betul tanpa kesilapan, tanpa singkatan, tanpa perubahan ejaan.
 
– ia memudahkan kefahaman.
– tidak ada skema atau baku. Ia hanya ejaan betul.
– rujuk Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melihat ejaan sebenar.
 
2. Menulis dengan beri impak positif.
 
– apabila orang baca, orang faham.
– apabila orang baca, orang boleh tiru / boleh buat juga.
– apabila orang baca, orang boleh beli terus. Sediakan semua maklumat terus.
 
3. Menulis tanpa elemen atau unsur tergantung. Kalau kita sahaja yang faham perkara itu, tak perlu tulis. Namun jika boleh beri kefahaman dan tunjuk ajar kepada yang lain. Ok tulis.
 
4. Pegang 5 matlamat menulis ini:
 
– untuk didik orang (to educate)
– untuk hebahan (to inform)
– untuk inspirasi (to inspire)
– untuk menghibur (to entertain)
– untuk mendapatkan duit (to moneytize – hard sell atau soft sell).
 
Jika tidak termasuk dalam 5 matlamat ini, jangan tulis posting. Simpan dalam hati sahaja.
 
Senang tak?
 
 
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Supaya akaun media sosial kita sentiasa beri pahala.
 
 
 
(Visited 263 times, 1 visits today)