Tulisan Viral, Namun Followers Tak Naik

Sering kali kita perhati perkara ini berlaku;

“Tulisan viral, namun follower tak naik.”

Dan penulis akan tertanya-tanya kenapa. Kita rasa semua kita dah buat dengan betul. Orang duk bercakap promote your profile, biar orang tahu kita ini siapa. Namun tak menjadi pun. Orang lain sekali viral, naik sampai 1,000 orang follower baru, kita tak.

Baik, begini.

Maksud Promote Your Profile itu mesti dalam skop media sosial. Ia disebut sebagai profiling yang mana ada 5 perkara paling utama yang buat orang percaya kepada kita:

1. Nama, mesti nama orang.

2. Gambar cover, tak boleh gambar kedai, tak boleh gambar produk, tak boleh gambar bisness card. Ia akan buat orang rasa ini bukan profile orang, ini profile kedai yang tak habis buat iklan.

3. Gambar profile mesti gambar seorang. Gambar jelas mengadap, sekitar potongan dada ke kepala. Tak perlu pakai jaket, coat, blazer dan sebagainya, pakaian biasa sahaja, ini media sosial gais, biar ianya beri orang relaks tanpa letak apa-apa persepsi.

4. Ruangan teks bio, utamakan minat, kemahiran dan kesukaan, bukannya hal berniaga dengan letak produk, jual apa dan apa. Saya sendiri tulis Memasak, Menulis dan Mengembara kemudian baru tulis hal kerjaya.

5. Di dalam bahagian about, ada 1 ruangan disebut sebagai working. Di sini letaklah jawatan kalian, CEO sana, Sales sini, dropship sana. Ha letak di bahagian ini. Orang akan mula percaya kalian memang berbuat itu pada hari ini.

Inilah maksud Promote Your Profile dalam konteks media sosial.

Kemudian, bangunkanlah #content bermanfaat dengan konsisten. Ia mesti disusun rapi dan kemudiannya kalian akan mula dapat follower.

Oh ya, butang follow kena set okey! Tak perlu penuhkan 5,000 friends baru ia tukar kepada follower, no. Hanya pergi ke Setting > public post > who can follow me > klik public. Nanti butang follow akan keluar.

Jadi kalian add dan accept kawan sebenar sahaja, yang bukan, kalian biarkan mereka klik butang follow ya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kekal gambar sama, profile sama dari 0 follower hingga hari ini. 
(Visited 506 times, 1 visits today)