Udang Butter Power

Jika kita ke restoran Masakan Cina atau Masakan Thai, Udang Butter mesti kita nak pesan. Kan? Sedap bukan main.

Lalu masa kita suapkan ke dalam mulut kita pun terbayang macam manalah dia buat telur butter yang merambut lawa sebegitu. Halus mulus dan apabila sudah di dalam mulut ia cair dan menyerap terus ke semua rongga rasa dan mulalah kedekut tak kasi ke orang lain udang tersebut. Kahkahkah. Baik kau mengaku. Haha.

Baik. Hari ini mood abang baik punya. Ada udang lawa di Pasar Mentakab tadi, jadi rezeki emak abah di kampung nak merasa Udang Butter hari ini.

 

Udang Butter Power.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 300gm udang – saiz sederhana besar. Buang kepala sahaja.

 ~ 3 biji kuning telur ayam. Ingat, kuningnya sahaja.

 ~ 1/2 buku butter atau sesenduk marjerin atau planta. Saya guna buttercup. Kahkah.

 ~ 1 mangkuk minyak masak.

 ~ 3-5 tangkai daun kari.

 ~ 1 biji bawang besar Holland.

 ~ 1 biji cili hijau.

 ~ 1 inci halia.

 ~ Secubit garam.

 

Untuk cara-cara masak, kau tengok gambar ya. Nak share, silakan!

 

Sekali pecah sebiji lagi. Kahkah. Biasalah, barulah namanya bukan chef.

 

Butter itu kau ambil separuh sahaja. Lepas itu ambil gambar.

 

Masukkan minyak masak ke dalam kuali yang bertangkai (nak senang goreng). Kemudian terus masukkan butter.

 

Pukul telur kuning. Kau jangan pukul kuat sangat. Sopan-sopan sahaja. Tak mahu berbuih beriya nanti susah nak jadi.

 

Apabila sudah berbuih, kau kacau laju-laju sampai ia jadi taufan di dalam kuali. Haaa. Kahkahkah.

 

Lepas itu kau tuang telur itu tinggi-tinggi. Biar dia sehalus-halusnya masa masuk ke kuali. Kacau laju-laju dan jangan berhenti. Ha power tak abang? Sebelah tangan kacau, sebelah tangan tuang dan sebelah tangan lagi ambil gambar. Kau boleh?

 

Dia akan berbuih gini. Kau kacau lagi sampai ia berubah warna keperang-perangan.

 

Sudah perang, kau angkat dan toskan. Cantik tak? Hihihi.

 

Kau asingkan 1/2 minyak masak yang tinggal. Dan tinggalkan 1/2 dalam kuali. Hidupkan api semula.

 

Tumiskan bawang besar, daun kari, halia dan cili hijau sampai naik bau.

 

Kemudian, masukkan udang. Hangin betul apabila tengok bibik sudah siang kulitnya sekali. Huwaaaa. Haha

 

Kacau rata sampai udangnya masak. Buh garam siap-siap.

 

Masukkan separuh telurnya tadi. Kacau rata. Separuh lagi nak bubuh di bahagian atas. Kasi lawa macam restoran. Wakaka.

 

Kemudian angkat, dan letak baki telur tadi di bahagian atas. Peh.

 

Siap dan hidangkan! Makan dengan nasi panas-panas, lepas itu ada tomyam dan telur dadar. Peerggggg!

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin Muhammad

(Visited 274 times, 1 visits today)