Udang Goreng Kunyit

Dari kalian duk rumah musim jerebu begini, eloklah masak resepi sedap macam di Thailand ni. Mujurlah saya ambil gambar, ramai duk tanya macam mana nak masak udang goreng kunyit. Kahkah. Senang jelah. Bahan pun tak banyak mana.

Nah.

Udang Goreng Kunyit

Bahan-bahannya ialah:

1kg udang. Suka hati udang macam mana.

2 inci kunyit hidup, 5 biji bawang merah India, 3 ulas bawang putih, 1/2cm halia, 1 batang serai muda – kasi kisar halus dengan 1/4 cawan minyak masak.

2 batang kacang panjang,
1 biji cili merah,
1 biji bawang Holland jika suka,
1 biji perahan limau nipis,
1 sudu kecil garam,
Sedikit gula.

Masukkan sedikit minyak ke kuali, buka api. Cewah

Masukkan semua bahan kisar tadi. Kacau rata.

Dah pecah minyak, Terus masukkan udang yang dah dibersihkan. Suka hati nak yang macam mana. Saya suka buang kepala terus.

Masukkan kacang panjang, cili merah dan perahan limau nipis.

Kacau rata, masukkan garam dan gula.

Apabila dah mula berair, udang pun dah masak, lekas tutup api. Kalau udang masak terlalu lama, nanti liat. Tak syok. Kalau suka nak letak bawang Holland, letaklah. Tak suka tak apa. Hehe.

Siap! Selamat mencuba! Hidang untuk keluarga kalian ya ! memang umph!

(Visited 364 times, 1 visits today)