Bukan main kau kata abang ini takat masak kampung bolehlah. Ha kau tengok macam mana abang siapkan Upside Down Apple Pie.
Resipi ini abang jumpa di Instagram FoodyFetish. Ada macam-macam di situ. Cuma, abang ubah kasi citarasa abanglah. Baru power dan kau senang nak ikut.
Upside Down Apple Pie (Tak ada pesanan / order, aku tak kuasa nak layan).
Bahan-bahannya ialah:
**Untuk bahan epal karamel:
~ 1/2 cawan caramel (beli di kedai bakeri je yang dah siap)
~ 2 sudu besar butter,
~ 2 biji epal.
~ 1 sudu kecil serbuk kayu manis
**Untuk Filling:
~ 2 sudu butter,
~ 3 biji buah epal hijau.
~ 3 sudu kecil serbuk kayu manis
~ 3 sudu besar gula perang
~ 1/2 biji perahan lemon
**Lapisan tepung:
~ 1 setengah cawan tepung gandum
~ 1/3 cawan minyak masak
~ 1/3 cawan susu segar
~ 2 biji telur ayam
~ 5 sudu besar gula perang
~ Secubit baking powder,
Cara-caranya kau tengok gambarnya ya.
Share sahaja jika kau berkenan. Selamat mencuba!
Buang kulit dan empulur semua epal dan letak dalam besen ungu.
3 biji kau potong dadu.
2 biji kau potong macam ini. Ha apa benda entah nama potongannya. Kebaya?
Panaskan kuali calar kau. Masukkan 2 sudu butter dan cairkan.
Belum cair assistant kau dah masukkan epal. Hangin je. Kacau rata.
Kemudian masukkan serbuk kayu manis, gula perang dan perahan lemon. Kacau rata.
Apabila dah lawa begini, airnya pun dah tak banyak. Kau tutup api dan letak dalam pinggan. Tak payah letak dalam pinggan lawa lagi, belum siap ni.
Guna kuali yang sama, masukkan lagi sekali 2 sudu butter.
Tuang caramel yang kau beli di kedai bakeri atau mana-mana pasaraya yang buat sos itu. Kacau rata.
Dah menggelegak, kau masukkan serbuk kayu manis. Masa ini harumnya jangan ceritalah.
Dah lawa begini, tutup api.
Tuang dalam loyang pai kau. Kasi rata.
Kemudian kau susun epal yang potongan kebaya tadi. Susunlah kasi cantik.
Dalam bekas lain, kau campur je semua bahan tepung itu. Nak senang kau guna blender. Pun boleh. Abang guna spatula. Boleh terbakar 60,000 kalori.
Sampai dia dah berkrim begini, cun.
Tuang atas epal yang dah bersusun lawa tadi.
Ratakan sampai pengsan.
Kemudian kau tuang epal yang kau masak tadi.
Ratakan sampai pengsan sekali lagi.
Hah! Kemudian kau ambil 1/3 doh segera yang Sweet Tart dari The Gourmet Whisk, Desa Pandan. Kau nak beli, Pm Puan Mazmin Shariff.
Ha itu nombornya.
Dia bungkus gitu. Frozen weh. Senang amat.
Kau canaikan dan letak di bahagian atas. Tekapkan guna jari supaya dia betul-betul melekat.
Bakar dalam ketuhar selama 30 minit dengan suhu 190′ darjah.
Peh lawanya.
Keluarkan dan sejukkan dalam 10 minit.
Kemudian kau terbalikkan. Ya bawah itu kau buh pinggan siap-siap.
Tadaaaaa! Sedapnya!
Potong dan ambil gambar dulu. Kahkahkah.
Amacam? Makan pula dengan aiskrim vanilla. Atau kau tuang lagi sikit caramel. Haha.
Selamat mencuba kawan-kawan!