Pagi ini saya telefon kawan saya yang sertai Ijtimak tabligh. Kata beliau:
* ada jemaah tak ada telefon bimbit.
* ada jemaah balik kampung dan tiada line telefon bimbit.
* ada jemaah yang tak peduli langsung tentang media dan media sosial.
Jadi, sebagai kawan, sebagai ahli keluarga, mereka semua resah gelisah, bimbang dan sedih seperti kita. Mereka nak bantu namun tak tahu mana nak cari kawan-kawan mereka ini.
Sampai dia kata, “hang kena tahu Khairul, ada antara kami yang hidupnya pergi dakwah ja. Depa tak peduli dunia. Hari ini depa kena bantai, kena hina pun sebenarnya depa tak tahu tu. Kalau depa tahu, depa mesti mai mana-mana hospital. Sungguh depa bukan lagu tu.
Depa ni pegang tanggungjawab. Masalah utama la ni ialah depa ni tak tahu. Tu ja.”
Kawan-kawan, berhenti memburuk dan marah-marah. Kita mesti akan ada sikit dalam hati cakap kolot, lembab, tak ikut zaman dan sebagainya.
Sudahlah. Itu cara mereka, jasa mereka jauh lebih besar dari itu. Dah jadi begini, marah pun tak guna. Kita hanya boleh bantu sahaja sekarang.
Ya, ada jemaah yang kaya raya. Jadi doktor, jurutera dan kontraktor besar-besar. Namun ada juga seperti 3 kumpulan di atas.
Kita ini lebih tinggi teknologinya. Lebih canggih dan lebih terkedepan. Maka kita jaga emosi kita.
Kita doakan semoga para polis dan tentera yang berkawal akan jumpa mereka dan bantu bawa mereka ini ke pusat saringan terdekat. Saya pun tak tahu betul ke dak saya tulis begini. Sebab kita semua #StayAtHome, jadi kebarangkalian nak jumpa mereka ini sangat kecil berbanding pihak berkuasa.
Berhenti caci maki, hina dan cerca, apa sahaja jalan kita usaha. Apa sahaja cara, kita bantu. Semoga selesailah segala wabak dan penularannya. Saling berganding bahu kawan-kawan.
Buang marah, buang semua. Matlamat kita semua baik-baik, mahu selesaikan semua ini.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Usaha tanpa ada sikit pun benci.
Gambar: Google.
******
Soalan: Bagaimana mereka tahu info-info seperti perhimpunan tabligh jika mereka tiada telefon dan media lain?
Jawapan: Mereka dapatkan info dari surau / masjid pada setiap waktu solat.
** jika kalian ke surau / masjid pada waktu solat fardu, kalian akan perasan mereka ini ada sekurang-kurangnya seorang di setiap surau / masjid, mereka ini yang akan baca hadith nabi pada setiap selepas waktu subuh.