Setakat ini saya adalah menjaga beberapa buah syarikat yang mahu content mereka tersusun. Sama ada ownernya sendiri atau page syarikat, saya dan team bangunkan ikut keserasian produk tersebut.
Cabarannya besar, jadi kami terpaksa memilih. Biasanya mereka ini ambil terus pakej 1 tahun dan kami akan berhubung baik dengan mereka.
Ada syarikat produk bayi, ada syarikat cucian, ada kosmetik, ada juga beberapa syarikat yang tak mahu disebut namanya. Macam-macam, ianya termasuklah para artis dan selebriti, kami susunkan sahaja mana yang mereka mahukan.
Content adalah sesuatu yang sangat penting pada zaman ini. Semasa ambil Masterclass Content Management di London, saya terkesan benar apabila mereka senaraikan ramainya penggiat media sosial menggunakan fakta sebenar dalam membangunkan satu-satu content. Ianya tidak didahului oleh pendapat.
Oleh itu, viral yang muncul adalah viral yang penuh ilmu.
Sebagai contoh, mereka gunakan buku masakan untuk mencipta resipi di media sosial. Semua orang boleh memasak, namun bukan semua orang ada kemahiran nak berkongsi. Jadi, gunakan ilmu. Susun semua penulisan agar yang membaca boleh buat apa yang kita kongsikan. Barulah viral.
Contoh ke-2, saya lihat ramainya para professional hadir ke kelas ini. Penulis, saya seorang. Bangga terkembang-kembang hidung. Walau beberapa kali mereka ingat saya ini peserta dari India, saya ok.
Dan apabila saya perkenalkan diri, saya sebut, “Hai everyone, im Khairul, from Mentakab,” lalu semua orang berkerut siap tanya, “Mantahkabb?” Saya ketawa seorang diri, rasa lawak. Saya cakap, “Mentakab itu di Malaysia.” Lalu semua orang ikut ketawa.
Professional yang saya maksudkan ialah para doktor, pegawai farmasi, guru, pensyarah dalam bidang masing-masing, pegawai polis (yang duduk di pejabat) dan beberapa lagi yang memakai uniform namun saya tak tahu mereka dari jabatan apa.
Saya suka sekali apabila cikgu di hadapan itu beritahu kepada kami,
Saya terjemahkan: “Saya suka sekali kalian menulis 2 perkara yang kalian lalui dalam hidup (sebagai kehidupan sebenar seperti makan dengan anak-anak, piknik, buku apa kalian baca, suka hobi apa dan sebagainya) kemudian, tulis 2 perkara yang ada kaitan dengan kerjaya kalian.
Content yang bagus ialah terdiri dari mereka yang boleh dipercayai. Jika semua posting di media sosial adalah tentang kerjaya, duit, iklan, kehebatan, kemahiran serta kepakaran, orang tidak mahu percayakan anda, orang merasakan anda memang sengaja nak menarik perhatian untuk duit mereka.
Sosial media adalah cantuman dari kerjaya dan kehidupan. Ia tidak boleh berjalan sendirian. Jadi kahwinkan dia baik-baik. Supaya orang percaya, ikut dan mula setia.
Apabila sudah setia, tambahlah satu lagi posting, iaitu iklan. Pada waktu itu, jualan yang ada akan menjadikan kalian ini sudah boleh dipercayai,”
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad
Content Master Kesayangan Negara.