8 Perkara Menulis Dengan Baik

Sepanjang saya bermain media sosial secara serius pada penghujung tahun 2015 hingga hari ini. Ini sahaja yang saya buat untuk pastikan saya menulis di wall saya dengan baik.

1. Analytic. Saya tidak pakai apa-apa aps untuk lihat statistik di wall. Yang saya buat ialah masukkan semua detail posting di Ms Excel dan lihat pola share, like dan komen.

Terbaharu, react dari sudut emosi. Buat kotak dan tengok posting minggu ke minggu. Dari situ dalam tempoh sebulan kita terus tahu posting apa orang suka dan tak.

2. Choose. Pemilihan topik yang ditulis adalah apa yang kita mahir, suka, minat, tahu dan audien juga suka.

3. Buat KPI. Sebagai contoh, pada setiap minggu ada 2 artikel yang boleh dapat sekurang-kurangnya 100 share.

Share akan beri kenaikan follower.

4. Scheduling. Menulis di Ms Word. Kemudian buat folder untuk jadikan ia sebagai bank. Bank penulisan akan membantu menyusun content di wall media sosial.

5. Alignment. Align penulisan di media sosial dengan keperluan bisnes. Posting iklan, sales dan marketing mesti selari dengan keperluan bisnes.

6. Kembali ke nombor 1. Dan buat report berdasarkan hasil tersebut.

7. Januari 2017 pengikut saya mencecah 100,000 orang dan income saya juga naik mendadak.

8. Pastikan kenaikan follower adalah kenaikan jualan. Jika tidak, ia hanya tin kosong. Pumpang pumpang, hasil pun tak ada. Sekadar populis namun tidak menghasilkan duit atau apa-apa kebaikan, ia rugi total.

Saya pilih untuk serius gunakan media sosial bagi menambah pendapatan, jadi saya tak main-main, suka-suka dan bantai belasah semuanya. Saya buat dengan fokus dan tersusun supaya hasilnya nampak dan boleh bantu orang lain.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tak rancang tak dapat hasil.

(Visited 762 times, 1 visits today)